Tuesday, 30 December 2014

Ketiadaan yang mengusik rindu dhati..

Ketiadaan...
Apa jika ketiadaan aku kau akan mencari?
Apa jika ketiadaan aku kau akan sunyi?
Aku yakin jawapan nya tidak..

Jika ketiadaan kau aku akan mencari..
Jika ketiadaan kau aku akan sunyi..
Aku yakin dengan jawapan ini..

Rindu..
Apa jika aku tiada kau akan rindu?
Lantas jika ya, apa paling kau rindukan..?
Pantas ka aku untuk dirindu orang sepertimu..?

Jika kau tiada aku akan rindu..
Lantas, aku paling rindu semua akan dirimu..
Pantas ka aku untuk merindui orang sepertimu..?

Walau hati ini diperkotak katik kan dengan segala macam... aku harap sampai kapan pun.. aku mahu titipkan namamu dalam doa ku.. semoga kau sentiasa dalam lindungan Illahi walau dmana pun dikau berada.

_ =,( _

Thursday, 25 December 2014

T_T

Dear hati...
Bertahanlah walau kau luluh..
Setelah apa kau harapkan tak seperti yang dmahu..

Cerita nya carrymark dah keluar..
Dan... yes,hasilnya x seperti yang dharapkan..
Ya dan aku ingin bersendiri..
Menangis pun tak kan mengubah apa2..
Mungkin terlalu banyak ke alpaan dan salah laku kepada Pencipta..
Allah.. maafkan aku..
Hanya keajaiban mu yang mampu membantuku..

Monday, 22 December 2014

Hati..

HATI..

Sakit..
tapi aku tahu Allah sedang mempersiapkan sesuatu untuk aku hadapi masa akan datang. Segala apa yang dah terjadi, sedikit sebanyak membuka mata lalu menguatkan hati untuk lebih tertutup. Manusia bisa berubah.

Sakit..
Bila berhadapan dan menyandarkan harapan pada manusia. sering mengarah kekecewaan. Apa memang hati dciptakan untuk kecewa dan dkecewakan? sering kita lupa.. kecewa bukan sahaja dari segi perpisahan tetapi ianya pengharapan yang tak terlaksana dan kita... tidak REDHA..

Sakit..
Ya, sakit bila pengharapan dari seseorang yang kita kira bermakna tapi tidak berbalas dengan kasih nya. Janji yang ada seakan kosong...kosong tanpa sebarang pengisian. tapi kita sangat bodoh kerna masih berpegang pada suatu yang kosong..

Bodohkah manusia bila masih berpegang pada bayang2? Bodohkah manusia yang melepaskan genggaman walhal beliau sendiri tidak pasti genggaman itukah yang harus dgenggam.

Hai manusia...
apa lagi kau mahu..?
adakah ingin kau ulangi segala detik itu..?
adakah kau bersedia untuk luka yang lebih dalam..?

Lalu manusia pantas menjawab..
Hai, kalian..
segalanya aku sadar akan khilafku..
aku jua sadar khilafku dengan menimbulkan murka Tuhan ku..
jadi kini aku redha menanti pengorbanan..

Jadi.. makna semuanya? dan perkaitan nya..?
biar aku dan Dia yang mengerti..
dan mulai saat ini..
akan aku lepaskan segala tali yang tak pernah wujud untuk aku bertahan..

sedih, ya memang sedih nya sukar aku tafsirkan..
tapi apa yang harus aku lakukan..?
sedangkan permaidani tidak terhampar hanya jalan yang berbatu..
di mana terkadangnya terselit kaca..
padahal tiada apa yang dapat aku guna untuk mengalas kaki yang melangkah..

Siapa..?
siapa teman yang bersama..
gelap..
ya semua jalan gelap..
dan aku.. merangkak dalam kegelapan itu..
menuju suatu arah..
yang aku tak pasti terangnya cahaya nya..
samar..
ya masih samar cahaya itu..
mungkin ilusiku..
adakah bila aku memilih ke arah yang samar itu..
cahaya benar2 bersinar dsitu?
atau ke arah gelap tetap merangkak terus tanpa aku tahu apa2..

Obatnya aku kira...
Ya obatnya adalah dirimu sendiri. serta berbalik pada Allah.  simple. Sandarkan segala nya pada Allah. dan biarlah Allah yang menjaga segalanya...


Wednesday, 11 June 2014

Akal hanya sekadar akal...

Ceritanya..

Ini aku..
Yang tahu meluah di coretan..
Ya benar, hanya keyboard warrior..
Kerna aku x mampu lagi ungkapkan pada mereka..
Mereka yang pekak..
Mereka yang buta..
Juga mereka yang akal hanya sekadar akal...

Wahai manusia.. apa kau rasa hebat dengan kebahgianmu..?
Kebahgiaan di atas sakit manusia lain..?
Bukan kah zalim manusia sepertimu..?
Tidak bagi akalmu.. ya kerna kau bijak,ilmuan,ilmiah..
Itulah maksudku..
AKAL HANYA SEKADAR AKAL...

#Allahtetapada...

Friday, 14 February 2014

Siapa kau..?

Jangan hanya bangga dengan nama dan keturunan.. kerna jika kau tahu, apa kau lakukan sama sekali tidak mencerminkan apa yang patut dan ternyata hanya mencemarkan kesucian martabat itu.. ingat sebelum kau melangkah, bahawasanya berganda balasan menantimu di sana...

Ada yang mengajar, menyebarkan khabaran indah tentang itu, tapi kenapa tubuh itu, jasad itu juga yang menghancurkan kesemua indah nya alam sana.. jadi, apa pengharapan yang ada? Ada kah patut dpersalahkan mereka yang hanya baru angkat berdiri tetapi akhirnya sekali lagi jatuh terduduk...?

Pada yang menganggap ianya suci, kau tinggikanlah martabat nya. Kau bimbinglah insan yang kau kasihi, bukan dkecewakan. Adakah berguna jika hanya mengimpikan syurga tetapi sesaat pon tidak hati mu kepada Pencipta mu.. adakah sangat keras hati mu hingga kau hanya bangga pada angin sepoi2 tentang dirimu? Jangan.. kerna itu la permulaan sombong. Dan tiada tempat dsyurga bagi yang sombong. Jangan menunggu pokok durian berbungakan mawar.. tapi berusahala menanam pokok bunga mawar...

Aku, ya aku.. hanya la di sini.. ya aku mencoret di sini.. hanya tentang apa yang aku rasa.. dan jika kau membaca,aku hanya berterima kasih kerna kau membaca dan tolong fikirkan apa yang aku coretkan bukan sekadar picisan semata2. Jangan 'bash' aku jika kau sama sekali tidak mengerti.. ya ini aku taip berdasarkan perkara yang sebenar yang ada di sekeliling aku..

Wassalam,
:)

Thursday, 2 January 2014

Kata2 ku dpagi hari...

Alhamdulillah masih lagi bernyawa.. cuaca pun indah.. Allah besar nya kurniaanMu.. Kau x lupa kurniakannya tapi aku yang sering alpa dengan segalanya.. maafkan aku ya Allah.

Rindu dengan hujan yang lebat..indah sungguh!tapi aku x berani meminta dan berdoa untuk itu kerna khuathir, aku la penyebab kepada permasalahan manusia lain.. indah ya Allah..indah sekali..  seumpama sang hujan membersihkan segala kotoran dmuka bumi, seumpama penyucian debu2 jahil sepanjang 2013... Innalillah bagi segala musibah ke atas saudara kami.. mungkin segalanya dapat menjadi mereka golongan yang bersama dan menjadi kafarah dosa mereka