Saturday, 17 January 2015

Pada saat aku minta di lepaskan..
Akan kah kau lepaskan ikatan kita?
Andai saat ketika aku rasa kau tidak lagi kasihaniku...
Adakah kita akan berpisah?

Atau kau akan perbetulkan segala nya antara kita..
Atau kau lelah dan letih lalu membiarkan aku berlalu lagi...

Sunday, 11 January 2015

Bila kita mula bersuara.. pasti aku kekok dan entah di mana harus aku mulakan.. segala berita untuk kau tahu..

Tapi ada kah suara kita nanti masih di dalam suara cinta atau suara teman biasa sahaja...

Dan aku sakit lagi..

Satu kejadian yang berlaku..
Atas dasar khilafku..
Dan kau.. telah membuka mataku..
Lalu membuat hati ku tedetik..
Ya Allah..betapa x layak nya aku..
Betapa aku rasa..sakit..
Ya aku tahu kau juga sakit mungkin..
Tapi apa segala kata2 mu ku hadam dengan pahit..
Bagai tiada ruang untuk aku di mana2..
Ya aku salah..
Aku juga hina dan jijik..
Walau aku bukan lah dalam kelas terbukanya fikiran..
Aku tidak pernah rasa mulia..
Aku juga tidak pernah rasa hebat..
Tapi aku ada rasa, perasaan dan hati yang bekecai lama..
Layak kah aku...
Mampu kah aku..
Untuk terus mendampingi dan menantimu..
Apa rasa nya kembali menjadi temanan biasa?
Apa rasa nya kembali berpisah setelah kembali bersama..?
Apa kau mahu dari aku..
Sedangkan kau sedia maklum..
Aku hina..aku tiada apa2..
Apa cuma aku hanya pelepas rasa untuk kita..?
Apa cuma aku dperlukan ketika saat hanya kau perlu?
Lantas.. siapa aku dhatimu..?
Benar kah hanya aku dhatimu..
Atau..ianya cuma untuk aku lebih selesa pada kamu..
Jangan tanya siapa kau dhatiku..
Kerna aku meletakkan mu dsuatu tempat... yang tiada siapa mampu takluki.. kecuali ALLAH..
Apa benar cinta dan sayang yang kau laungkan?
Apa benar ianya bukan kerna sesuatu sebab yang lain?
Jika benar.... teruskan doamu..
Tapi... aku manusia hina.. dan kita terlalu jauh berbeda..

Bukan kau pernah berkata kau ingin bebas?

Aku x ingin sakit aku juga x ingin kau sakit...

Tapi...

Haruskah kita berpisah?

Friday, 9 January 2015

Jangan sampai rasa itu tekad..
Andai kau pergi pastikan kau jangan kembali lagi dalam hidupku..

Thursday, 8 January 2015

Rasa aku...

Saya tahu..
Saya x sempurna..
Malah bukan lah yang terbaik..
Apatah lagi yang menjadi idaman..

Saya tahu..
Saya tiada apa nak dbanggakan..
Xda apa yang menyenangkan hati..
Apatah lagi membahagiakan..

Saya tahu..
Saya xsebagus yang lain..
Malah sangat x layak untuk dia..
Apatah lagi untuk disayangi atau dcintai..

Tapi satu...
Satu rasa yang ada..
Dan rasa itu berharap..
Kau bahgia dan gembira..
Selepas seketika ketiadaan..

Dan rasa itu.. Sayangku padamu..

Assalam.

Thursday, 1 January 2015

Rasa ini 2/1/2015

Cinta.. Apa cinta itu benar2 membahagiakan? Lantas, kenapa bisa ada air mata? Apa cinta itu benar2 indah? Lantas, kenapa bisa ada hati yang tersakiti? Apa semua ini? Apa..? Tidak ku temu apa2 jawapan.. Tapi yang pasti.. Aku rasa setengah kebahgiaan itu.. Aku rasa setengah keindahan itu.. Kerna setengah lagi, telah ku titip kan untuk kita.. selepas halal kelak..

Tuesday, 30 December 2014

Ketiadaan yang mengusik rindu dhati..

Ketiadaan...
Apa jika ketiadaan aku kau akan mencari?
Apa jika ketiadaan aku kau akan sunyi?
Aku yakin jawapan nya tidak..

Jika ketiadaan kau aku akan mencari..
Jika ketiadaan kau aku akan sunyi..
Aku yakin dengan jawapan ini..

Rindu..
Apa jika aku tiada kau akan rindu?
Lantas jika ya, apa paling kau rindukan..?
Pantas ka aku untuk dirindu orang sepertimu..?

Jika kau tiada aku akan rindu..
Lantas, aku paling rindu semua akan dirimu..
Pantas ka aku untuk merindui orang sepertimu..?

Walau hati ini diperkotak katik kan dengan segala macam... aku harap sampai kapan pun.. aku mahu titipkan namamu dalam doa ku.. semoga kau sentiasa dalam lindungan Illahi walau dmana pun dikau berada.

_ =,( _

Thursday, 25 December 2014

T_T

Dear hati...
Bertahanlah walau kau luluh..
Setelah apa kau harapkan tak seperti yang dmahu..

Cerita nya carrymark dah keluar..
Dan... yes,hasilnya x seperti yang dharapkan..
Ya dan aku ingin bersendiri..
Menangis pun tak kan mengubah apa2..
Mungkin terlalu banyak ke alpaan dan salah laku kepada Pencipta..
Allah.. maafkan aku..
Hanya keajaiban mu yang mampu membantuku..

Monday, 22 December 2014

Hati..

HATI..

Sakit..
tapi aku tahu Allah sedang mempersiapkan sesuatu untuk aku hadapi masa akan datang. Segala apa yang dah terjadi, sedikit sebanyak membuka mata lalu menguatkan hati untuk lebih tertutup. Manusia bisa berubah.

Sakit..
Bila berhadapan dan menyandarkan harapan pada manusia. sering mengarah kekecewaan. Apa memang hati dciptakan untuk kecewa dan dkecewakan? sering kita lupa.. kecewa bukan sahaja dari segi perpisahan tetapi ianya pengharapan yang tak terlaksana dan kita... tidak REDHA..

Sakit..
Ya, sakit bila pengharapan dari seseorang yang kita kira bermakna tapi tidak berbalas dengan kasih nya. Janji yang ada seakan kosong...kosong tanpa sebarang pengisian. tapi kita sangat bodoh kerna masih berpegang pada suatu yang kosong..

Bodohkah manusia bila masih berpegang pada bayang2? Bodohkah manusia yang melepaskan genggaman walhal beliau sendiri tidak pasti genggaman itukah yang harus dgenggam.

Hai manusia...
apa lagi kau mahu..?
adakah ingin kau ulangi segala detik itu..?
adakah kau bersedia untuk luka yang lebih dalam..?

Lalu manusia pantas menjawab..
Hai, kalian..
segalanya aku sadar akan khilafku..
aku jua sadar khilafku dengan menimbulkan murka Tuhan ku..
jadi kini aku redha menanti pengorbanan..

Jadi.. makna semuanya? dan perkaitan nya..?
biar aku dan Dia yang mengerti..
dan mulai saat ini..
akan aku lepaskan segala tali yang tak pernah wujud untuk aku bertahan..

sedih, ya memang sedih nya sukar aku tafsirkan..
tapi apa yang harus aku lakukan..?
sedangkan permaidani tidak terhampar hanya jalan yang berbatu..
di mana terkadangnya terselit kaca..
padahal tiada apa yang dapat aku guna untuk mengalas kaki yang melangkah..

Siapa..?
siapa teman yang bersama..
gelap..
ya semua jalan gelap..
dan aku.. merangkak dalam kegelapan itu..
menuju suatu arah..
yang aku tak pasti terangnya cahaya nya..
samar..
ya masih samar cahaya itu..
mungkin ilusiku..
adakah bila aku memilih ke arah yang samar itu..
cahaya benar2 bersinar dsitu?
atau ke arah gelap tetap merangkak terus tanpa aku tahu apa2..

Obatnya aku kira...
Ya obatnya adalah dirimu sendiri. serta berbalik pada Allah.  simple. Sandarkan segala nya pada Allah. dan biarlah Allah yang menjaga segalanya...


Wednesday, 11 June 2014

Akal hanya sekadar akal...

Ceritanya..

Ini aku..
Yang tahu meluah di coretan..
Ya benar, hanya keyboard warrior..
Kerna aku x mampu lagi ungkapkan pada mereka..
Mereka yang pekak..
Mereka yang buta..
Juga mereka yang akal hanya sekadar akal...

Wahai manusia.. apa kau rasa hebat dengan kebahgianmu..?
Kebahgiaan di atas sakit manusia lain..?
Bukan kah zalim manusia sepertimu..?
Tidak bagi akalmu.. ya kerna kau bijak,ilmuan,ilmiah..
Itulah maksudku..
AKAL HANYA SEKADAR AKAL...

#Allahtetapada...

Friday, 14 February 2014

Siapa kau..?

Jangan hanya bangga dengan nama dan keturunan.. kerna jika kau tahu, apa kau lakukan sama sekali tidak mencerminkan apa yang patut dan ternyata hanya mencemarkan kesucian martabat itu.. ingat sebelum kau melangkah, bahawasanya berganda balasan menantimu di sana...

Ada yang mengajar, menyebarkan khabaran indah tentang itu, tapi kenapa tubuh itu, jasad itu juga yang menghancurkan kesemua indah nya alam sana.. jadi, apa pengharapan yang ada? Ada kah patut dpersalahkan mereka yang hanya baru angkat berdiri tetapi akhirnya sekali lagi jatuh terduduk...?

Pada yang menganggap ianya suci, kau tinggikanlah martabat nya. Kau bimbinglah insan yang kau kasihi, bukan dkecewakan. Adakah berguna jika hanya mengimpikan syurga tetapi sesaat pon tidak hati mu kepada Pencipta mu.. adakah sangat keras hati mu hingga kau hanya bangga pada angin sepoi2 tentang dirimu? Jangan.. kerna itu la permulaan sombong. Dan tiada tempat dsyurga bagi yang sombong. Jangan menunggu pokok durian berbungakan mawar.. tapi berusahala menanam pokok bunga mawar...

Aku, ya aku.. hanya la di sini.. ya aku mencoret di sini.. hanya tentang apa yang aku rasa.. dan jika kau membaca,aku hanya berterima kasih kerna kau membaca dan tolong fikirkan apa yang aku coretkan bukan sekadar picisan semata2. Jangan 'bash' aku jika kau sama sekali tidak mengerti.. ya ini aku taip berdasarkan perkara yang sebenar yang ada di sekeliling aku..

Wassalam,
:)

Thursday, 2 January 2014

Kata2 ku dpagi hari...

Alhamdulillah masih lagi bernyawa.. cuaca pun indah.. Allah besar nya kurniaanMu.. Kau x lupa kurniakannya tapi aku yang sering alpa dengan segalanya.. maafkan aku ya Allah.

Rindu dengan hujan yang lebat..indah sungguh!tapi aku x berani meminta dan berdoa untuk itu kerna khuathir, aku la penyebab kepada permasalahan manusia lain.. indah ya Allah..indah sekali..  seumpama sang hujan membersihkan segala kotoran dmuka bumi, seumpama penyucian debu2 jahil sepanjang 2013... Innalillah bagi segala musibah ke atas saudara kami.. mungkin segalanya dapat menjadi mereka golongan yang bersama dan menjadi kafarah dosa mereka

Monday, 30 December 2013

Warkah buat DIA

Disini..hari terakhir 2013.. tahun yang perit bagiku..bila ku kenang setiap lapisan peristiwa.. ya Allah peritnya..tapi aku tahu Allah dah tulis rencana lain buat ku...
Dia..ya dia, menerpa lagi dalam hati. Bagai drenyok2 jiwa ini.. Allah.. kuat kan hati.
Awak, saya dah da sijil profesional for sijil masakan saya.. itu kan..cita2 kita bila kali pertama saya melangkah masuk ke giat mara... tapi awak xda bila saya berjaya tunaikan apa yang awak nak dan apa yang saya janji... awak, persatuan saya menang dalam ketegori persatuan cemerlang.. awak, ini yang awak pupuk pada saya kan.. yang awak titipkan agar saya aktif dan membangunkan persatuan saya. Awak.. saya berjaya sekali lagi... tetapi awak dah xda. Awak.. dulu saya berusaha gigih agar awak dapat lihat hasilnya supaya awak bangga pada saya. Tapi kita dah x bersama lagi... awak, saya masih lagi seorang pelajar dan walau awak x bersama saya lagi, saya tetap akan habiskan pembelajaran saya.. agar cita2 kita dahulu, menjadi cita2 saya sendiri... dan seorang..
Awak, tq.. hadirnya awak dan perginya awak amat besar makna pada saya Saya x membenci tapi saya x sanggup bila luka lama berdarah lagi hanya kerna bayang2 awak...
Awak, walau apa pun.. doa saya mengiringi awak. Semoga awak dapat jodoh yang sesuai dengan awak. Semoga kalian kekal hingga jannah..
YANG BENAR,
SYARIFAH FATIN AWATIF

Saturday, 30 November 2013

Tetap sama..

Allah, apa harus ku lakukan.. bila tiap kali gambaran dan bayangan masa hadapan tetap nama itu yang terlintas dbenak.. Allah, bagaimana aku mbuka hati pada yang lain sedangkan namanya tersekat dsanubari.. Allah..apa harus ku lakukan?Allah dalam setiap sudut bayangan.. aku tahu aku x mampu lagi mencintainya.. tapi kenapa hanya dia yang wujud dsetiap detik raga ku., Allah bantu lah aku.. aku tahu aku x layak untuk meratapi nya.. Allah... aku rindu yang amat sangat... adakah semua nya permainan syaitan lagi? Allah peluk lah aku lagi.. seerat eratnya...Allah.. aku insan lemah.. maafkan aku..

Allah jagalah dia... bahagiakan dia dengan kehadiran penggantiku..yang lebih rasanya dr rasaku untuk nya.. Allah hapuskan lah rasa sia2 ini padanya.. Allah..titipkan aku insan yg sebenar2nya yang Engkau tulis buatku.. yg akan merawat semua kedukaanku.. Allah.. hanya Engkau yang mampu..maafkan aku ya Allah... i love u Allah.. T_T

Sunday, 24 November 2013

Aku yang lemah...

Bila hati tiada dhati...
Bila nyawa tiada bnyawa..
Ini aku.. kadang sungguh payah untuk bangkit..
Ya, ini aku.. kadang tersungkur dek gelapnya awan..
Dan tatkala hujan.. aku juga turun berhujan dhati..
Hati yang entah, aku sendiri gagal merasakan..
Ntah mana silap...
Mungkin aku dan Dia terlalu jauh..
Silap aku.. ya silap aku.. berulang kali..
Ntah brapa kali...
Aku khilaf.. aku khilaf...
Tuhanku.. suburkanlah hati yang kering ini...
Hanya dengan kasih sayangMu... ㅠ.ㅠ

Saturday, 12 October 2013

Biarkan berlalu...

Jauh dsudut hati.. masih tersisip rasa itu.. ya rasa itu.. ttpi bkn rasa kaseh syg.. tp hanyalah kesakitan yang berbekas.. semoga kalian berbhgia.. kerna satu masa.. Allah akan 'memberi'..

Saturday, 24 August 2013

Allah..peluklah aku..

Ini lah warkah ku..ketika rindu menghimpit perasaan dan kenangan lalu sering menghantui tanpa rasa belas kasihan..sakitnya..biar ku luah dengan renungan tak berpenghujung pada awan yang silau dpanah cahaya...
"Ketika cintaku merintih pada yang lalu..
Ketika cintaku bertasbih dengan namanya,
Dmana segala hembusan nafasku,
Ku titip doa padanya..
Akur ku akur dengan ketentuan takdir..
Dan dia bukan lagi yang terutama dsanubari..
Namun,tak pernah lekang dek musim..
Mekarnya doa ku atas kebahgian yang mereka cipta.
Allah,maafkan aku..
Jika kealpaanku ini punca segalanya..
Allah, peluklah hati ini..
Agar tidak sedetik pun..
Aku merindui sebuah cinta yang auta dmataMu.."
_FATINALYAHYA_